Tahukah Anda ?

Status Shariah sesuatu IPO boleh diketahui di dalam prospektus? Jom kita semak!Tahukah Anda? Download mana-mana prospektus IPO, lihat pada bahagian “Other Statements” atau muka surat kedua prospektus.

Lihat ayat “Our securities are classified as Shariah compliant by the Shariah Advisory Council of the SC…” atau yang seangkatan dengannya.

Kalau tak ada ayat tu macam mana? Maksudnya IPO tersebut Tidak Patuh Shariah. Tetapi…status Shariah boleh berubah kerana SAC akan menyemak semula struktur kewangan dan lain-lain kriteria yang menepati pematuhan shariah yang telah ditetapkan.

Jangan pelik kalau sesuatu syarikat tersebut membuat perniagaan yang tidak salah pun di sisi Shariah misalnya pembuatan plastic, elektronik dan sebagainya tetapi diklasifikasikan sebagai Tidak Patuh Shariah. Rujuk semula struktur kewangan syarikat atau perniagan lain dari syarikat tersebut. Kalau banyak pinjaman tidak shariah juga boleh jadi Tidak Patuh Shariah.

Case Study IPO; 

LGMS 

NATIONGATE 

DS SIGMA

#IPO #MITI #dapatsesuatu

Picture of Nabila - Idea Saham

Nabila - Idea Saham

Views: 43

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!