Syarikat berstatus Sendirian Berhad boleh buka akaun CDS!
Kenapa syarikat sdn bhd perlu mempunyai akaun CDS?
- Untuk memohon saham MITI – Jika syarikat tersebut berstatus bumiputera iaitu pemilikan 100% bumiputera, maka syarikat tersebut layak untuk memohon saham yang di tawarkan oleh MITI.
- Untuk memiliki saham syarikat lain – Banyak syarikat sendirian berhad yang memiliki tunai yang tidak di gunakan. Oleh itu, syarikat Sdn Bhd boleh menggunakan akaun CDS syarikat ini untuk melabur di saham syarikat yang di senaraikan di Bursa Malaysia.
Sebagai contoh, Syarikat Merpati Sdn Bhd mempunyai lebihan wang sebanyak RM300,000 yang tidak mahu di gunakan dalam masa terdekat. Ataupun, syarikat Investment Holding Company(IHC) yang memang core business dia adalah pelaburan.
Maka, setelah akaun CDS siap. Wakil syarikat yang telah di lantik boleh log in terus platform CGSCIMB secara online dan membeli saham seperti TENAGA, DIGI, GENETEC, KLK dan sebagainya sendiri.
Dari segi proses, pihak kami iaitu Team Puan Nor Akmar, sedia membantu untuk membuka akaun ini. Kos buka akaun? Hanya RM10 sahaja. Janji buka akaun CDS dengan kami.
Malah, bantuan teknikal juga akan kami sediakan termasuk sebarang nasihat jual beli untuk client kami sahaja.
Jom…buka akaun CDS bagi syarikat anda sekarang.
Hotline CDS CGSCIMB:
Puan Nor Akmar
MSTA(UK), CFTe(us) Remisier Certified Chartist dan Penulis
Views: 224