Tahukah Anda?:​​

Dividen dan Jenis-Jenisnya.

Ada pelbagai kaedah untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham, dan salah satu kaedah untuk membuat keuntungan adalah dengan mendapat pengagihan dividen dari syarikat yang terpilih.

Mengapa Syarikat Mengagihkan Dividen?

Pengagihan dividen oleh syarikat boleh dilihat sebagai salah satu cara syarikat tersebut memberi penghargaan kepada para pemegang saham syarikat tersebut. Keputusan pengagihan dividen ini tidak lah wajib ianya bergantung pada budi bicara pihak pengurusan sesebuah syarikat samada mahu memberikan ataupun tidak.

Jenis-jenis Dividen

1. Final Dividend

Final dividend atau dividen tunai merupakan antara dividen yang kerap diberikan. Ia diberikan dalam bentuk tunai, biasanya selepas tamatnya tahun kewangan syarikat. Ada juga syarikat yang memberikan dividen mengikut report suku tahunan.

2.Dividen Interim

Dividen interim adalah dividen yang diberikan kepada pemegang saham sebelum penyata kewangan syarikat disahkan sepenuhnya.

3. Dividen Khas

Dividen khas atau ‘special dividend’ ini diagihkan apabila syarikat mencatatkan keuntungan besar. Sebahagian daripada keuntungan tersebut kemudian disalurkan kembali kepada pemegang saham sebagai bentuk penghargaan.

Sebagai pelabur, memahami pelbagai bentuk keuntungan, termasuk jenis-jenis dividen, adalah penting dalam strategi pelaburan. Ia membolehkan pelabur membuat keputusan yang lebih beralas dan meningkatkan peluang kejayaan dalam pelaburan saham.

Views: 67