APA ITU RIGHT ISSUE?
Right Issue adalah salah satu corporate exercise yang mengumpul modal daripada pemegang saham sedia ada bagi syarikat yang telah tersenarai di Bursa Malaysia. Right Issue merupakan terbitan saham baru dalam sesebuah syarikat. Contohnya, sebelum ini syarikat A mempunyai 1 bilion saham, apabila syarikat A mengeluarkan Right Issue, saham syarikat tersebut akan bertambah.
Bertambah berapa banyak?
Bergantung sama ada pemegang saham yang sedia ada nak terima atau tidak Right Issue tersebut.
Persoalan yang bermain dalam fikiran kita: Mengapa Syarikat Mengeluarkan Right Issue?
Kebanyakkan syarikat yang mengeluarkan Right Issue adalah syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan. Mereka memerlukan modal untuk melangsaikan hutang atau menstruktur semula kewangan syarikat. Apabila pelabur menerima tawaran Right Issue, modal mereka akan bertambah. Namun demikian, ada juga syarikat yang mengeluarkan Right Issue bertujuan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.
Bagaimana nak kenali Right Issue di platform?
Apabila anda melihat simbol -OR di mana mana saham, itu adalah Right Issue bagi saham tersebut. Kebiasaannya, harga Right Issue ditawarkan dengan lebih rendah berbanding harga pasaran saham tersebut. Contohnya, harga saham DEF berharga RM1.00, harga saham DEF-OR akan ditawarkan pada RM0.80 atau lebih murah. Kenapa ditawarkan murah? Bagi menarik minat pemegang saham sedia ada untuk menerima atau subscribe Right Issue tersebut. Lebih ramai pemegang saham yang menerima Right Issue, maka objektif utama syarikat untuk menambah modal mereka akan tercapai.
Ada banyak lagi corporate exercise yang menarik untuk anda ketahui. Sebagai pelabur bijak, anda perlu mengetahui corporate exercise yang ada dalam pasaran saham kerana ada yang akan menguntungkan pelabur atau sebaliknya.
Justeru, saya ingin menjemput anda untuk hadir ke Seminar Hero Saham! Anda akan bertemu dengan Hero-Hero pasaran saham yang akan mengupas lebih banyak topik seperti ini dengan lebih mendalam.
Views: 88